RINA JAINAL

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
TAWAU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepatutnya membuka mata bagi melihat punca sebenar hingga mendorong sekumpulan anak muda melakukan perhimpunan protes di Kampung Muhibbah Raya kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Muhibbah Raya itu menyebabkan penduduk tidak dapat bekerja bagi membayar komitmen bulanan.

Untuk itu, kerajaan seharusnya tampil dengan mekanisma yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah rakyat. Sudah dua tahun pelaksanaan PKP, seharusnya ada solusi yang lebih baik menangani masalah yang turut memberi kesan kepada emosi rakyat.

Rina melalui laman Facebooknya menyatakan, secara umumnya aduan yang diterima adalah penduduk mahu bekerja bagi menampung kehidupan harian dengan komitmen kewangan.

Namun, lanjutan PKPD menyebabkan penduduk tidak dapat membayar komitmen kewangan seperti rumah, kereta, bil elektrik dan air. Semua komitmen ini tetap dituntut ke atas mereka selepas moratorium tidak dilanjutkan.

“Memang ada bantuan makanan diberikan namun, mereka masih perlu membayar komitmen bulanan lain. Belum kira keadaan keluarga yang mempunyai anak kecil yang memerlukan kewangan berterusan.

“Sebahagian besar mereka ini bergantung kepada pendapatan harian dan pendapatan mereka pasti terjejas selepas mereka tidak boleh menjana pendapatan akibat tidak bekerja seperti biasa. Justeru, situasi ini pasti menjejaskan mental dan emosi penduduk hingga mendorong mereka untuk mula bersuara,” kata Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan).

Di peringkat DUN Kukusan, mereka juga berdepan kekangan dalam menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat. Ditambah dengan PKPD dan polisi yang ditetapkan pusat kawalan operasi bencana (PKOB) Tawau merencatkan perancangan yang telah dirancang sebelum ini dalam usaha membantu rakyat.

“Pasukan saya cuba mengatur koordinasi sebaik mungkin untuk menyalurkan bantuan lebih 300 bakul makanan ke kawasan terjejas khususnya dibawah PKPD memandangkan kita tidak boleh keluar atau masuk sewenang-wenangnya sekali gus merencatkan usaha memutuskan penularan Covid-19.

“Saya berharap apa yang berlaku di Muhibbah Raya semalam menjadi perhatian kerajaan untuk tampil dengan mekanisma lebih baik dalam menyelesaikan masalah rakyat,” jelasnya.

Kampung Muhibbah Raya diletakkan di bawah PKPD bermula 10 April lalu serta dijadualkan tamat semalam. Pelaksanaan PKPD di lokaliti itu kemudiann dilanjutkan selama 14 hari sehingga 8 Mei.

BERITA BERKAITAN: –

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started