Phoong, Alex Logesvaran dan Foong Hin Chan

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Keluarga mangsa pesakit Covid-19 meminta penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kelewatan rekod kematian ibunya dimasukkan dalam data harian Covid-19.

Alex Logesvaran,44, yang berasal dari Selangor ini mempertikaikan kenapa KKM perlu mengambil masa selama 32 hari untuk mengesahkan dan memasukkan data kematian ibunya dalam senarai pesakit yang meninggal akibat Covid-19.

Katanya, ibunya disahkan meninggal dunia di Hospital Sedang akibat Covid-19 pada 24 Jan lalu namun data kematian ibunya hanya dimasukkan dalam data pada 25 Februari lalu.

Data kematian ibunya itu hanya dimasukkan selepas beberapa pertanyaan dikemukakan melalui panggilan telefon dan email kepada pihak Hospital Serdang dan KKM.

Alex berkata, kenyataan Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub bahawa KKM tidak memanipulasi data harian Covid-19 menimbulkan keraguan.

“Sekiranya kenyataan menteri itu benar, kenapa dalam kes ibu saya mereka perlu mengambil masa lebih sebulan untuk memasukkan datanya dalam senarai pesakit yang meninggal dunia disebabkan Covid-19.

“Data ibu saya hanya dimasukkan setelah beberapa pertanyaan saya kemukakan kepada pihak KKM melalui panggilan telefon dan email,” katanya dalam sidang media hari ini.

Alex sudah bekerja dan menetapkan di Sabah selama 15 tahun.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe.

Foong Hin berkata, beliau bersimpati dengan Alex dan keluarganya yang tidak dapat menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Disebabkan ketika itu Alex berada di Sabah, beliau tidak dapat terbang ke Selangor untuk melihat arwah ibunya.

“Agak menghairankan kenapa perlu mengambil masa sebulan untuk memasukkan data kematian ibunya dalam statistik harian Covid-19.

“Rakyat berhak untuk mengetahui sejauh mana pengumuman bilangan kes harian daripada KKM dan diharap KKM dapat menjelaskan situasi ini dengan lebih baik,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started