OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
TAWAU: Cadangan memberi bantuan kewangan kepada penduduk terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mendapat maklum balas daripada ADUN kerajaan.

Cadangan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata agar kerajaan memberi bantuan RM1,000 kepada penduduk terjejas dengan PKPD berjaya menarik perhatian wakil rakyat kerajaan.

NIZAM ABU BAKAR

Inisiatif untuk membantu rakyat terjejas di daerah ini ternyata menyatukan pemimpin kerajaan untuk bersama-sama meringankan bebanan rakyat.

Hari ini, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, beliau akan mengemukakan cadangan pemberian wang tunai kepada penduduk terjejas di lokaliti PKPD kepada peringat atasan untuk pertimbangan.

Katanya, cadangan itu diterima kerana beliau sendiri melihat ada keperluan untuk membantu penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD.

“Sebenarnya saya juga banyak dihubungi oleh masyarakat Tawau yang terkesan khususnya berada di kawasan PKPD ini dan mereka juga ada mengutarakan banyak cadangan serta idea bagi meringankan beban seperti bantuan dan sebagainya,” katanya.

Sejak 1 April sehingga hari ini, terdapat 14 lokaliti PKPD dilaksanakan di Tawau.

ADUN Apas ini berkata, kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan melaksanakan PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa membuat penilaian risiko jangkitan.

Katanya, tindakan itu merupakan usaha kerajaan bagi memastikan rakyat dalam keadaan sihat dan tidak teruk terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

SARIFUDDIN HATA

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran berkata, kes di Tawau semakin meningkat dengan lebih 500 kes aktif direkodkan ketika ini.

DR NAVINDRAN

Oleh itu, tindakan membendung penularan Covid-19 perlu dilaksanakan termasuk langkah menguat kuasakan PKPD dan PKP.

“Ketika ini pun wad hospital hampir penuh dengan pesakit Covid-19 yang berada di tahap tiga dan empat…ini membimbangkan,” katanya.

Dr Navindran berharap masyarakat tidak memandang mudah arahan kerajaan mengenai pematuhan prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Berilah kerjasama untuk bantu melandaikan semula kes COVID-19, ini sudah setahun, petugas kesihatan di sini sudah letih kerana bebanan kerja yang meningkat,” jelasnya.

Semalam, Sarifuddin menggesa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya mempertimbangkan untuk memberi bantuan kewangan RM1,000 kepada penduduk yang terlibat di kawasan PKPD.

Beliau berkata, bantuan kewangan itu dilihat dapat membantu mengurangkan bebanan penduduk yang tidak dapat menjana pendapatan disebabkan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPD.

Disamping itu, beliau juga meminta kerajaan memberikan subsidi bil elektrik, air dan sewa bulanan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penduduk yang terlibat PKPD.

BERITA BERKAITAN: –

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started