OLEH SYAFIA AMIN
TAWAU: Biarpun sebelum ini berdepan kekangan untuk menghantar bantuan masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun, usaha menyampaikan bantuan tetap diteruskan.

RINA JAINAL

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal sentiasa menghantar bantuan kepada penduduk terjejas di Kampung Muhibbah Raya.

Kebenaran masuk ke kawasan PKPD itu kemarin membolehkan Naib Ketua Wirawati Warisan ini menugaskan pasukannya menghantar bantuan dari rumah ke rumah bermula petang kemarin.

“Bantuan untuk semua peringkat Kg Muhibbah Raya telah bermula semalam. Selepas ini agihan akan disambung ke Jalan Morrell dan penempatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gabungan.

“Semoga bantuan bakul ini dapat membantu seketika sehingga pihak kerajaan melalui Majlis Perbandaran Tawau turun menghantar bantuan,” katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada belia Kg Muhibbah Raya yang ama-sama membantu mengagihkan bakul makanan.

Rina berkata, beliau menerima aduan permohonan bakul sejak Ahad di Talian Careline Kukusan.

Selain permintaan untuk bantuan makanan, beliau turut menerima aduan penduduk yang kehabisan susu dan lampin pakai buang untuk anak yang masih kecil.

Sebelum ini, bantuan susu dan lampin pakai buang hanya dihantar di kawasan sekatan jalan raya (SJR) di Kg Muhibbah Raya sahaja kerana tiada kebenaran untuk masuk ke lokaliti PKPD itu. Penduduk kampung akan mengambil bantuan itu di sana (SJR).

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started