OLEH SYAFIA AMIN
TAWAU: Sebanyak 700 pek bubur berobok diedarkan kepada orang ramai bagi meraikan umat Islam yang berpuasa sempena bulan Ramadan ini.

Program anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) N70 Kukusan semalam dilaksana di dua lokasi iaitu di Jalan Utara berhampiran Bulatan Jalan Utara dan Jalan Kuhara berhampiran bangunan SESB bermula dari 4.30 sehingga 5.30 petang.

Agihan bubur lambuk ini adalah acara tradisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal sejak beberapa tahun lalu biarpun belum dilantik menjadi ADUN.

Rina berkata, semua bubur disediakan secara bergotong-royong oleh angggota Parti Warisan Sabah (Warisan) Kukusan.

“Mengikut perancangan awal, program ini diadakan dua kali secara berasingan, namun, terpaksa dilakukan dalam masa sehari kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKPD.

“Semua proses agihan berjalan lancar dan bubur dapat diagihkan dalam masa kurang sejam biarpun kami berdepan kekurangan tenaga kerja disebabkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Mengenai perkembangan aktiviti mengumpul baju raya, Rina berkata, aktiviti komuniti kebajikan DUN Kukusan itu dilakukan bagi membantu golongan asnaf serta fakir miskin yang sudah dikenal pasti.

“Kami banyak menerima sumbangan baju raya daripada pelbagai pihak. Selepas ini, proses pemilihan dan pembungkusan akan dilakukan sebelum diagihkan.

“Namun, kami berharap lebih banyak pakaian kanak-kanak dapat disumbangkan kerana dijangka ramai penerima dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Setakat ini, seramai 30 penerima sudah dikenal pasti terdiri daripada penduduk kampung sekitar Kukusan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started