
OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua kakitangan badan berkanun negeri Sabah yang berusia 30 dan 40an kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM2,700, di sini semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek menerima bayaran itu daripada pekerja yang yang ingin mendapatkan kontrak kerja berkaitan pertanian di badan berkanun berkenaan.
Salah seorang daripada suspek berusia 40an ditahan dalam satu operasi di Tuaran kira-kira pukul 3.15 petang dan suspek kedua berusia 30an ditahan kira-kira pukul 8 malam di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.
Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah kira-kira RM 3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Leave a comment