
OLEH ZARA DEBA
LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assafal P. Alian meminta pasukan keselamatan mempertimbangkan untuk menamatkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi tertentu yang dilihat tidak relevan.

Beliau berkata, SJR di Kaka Plastic sepatutnya tidak perlu dan hanya menyebabkan kesesakan selama berjam-jam kepada penduduk di kawasan tersebut.
Katanya, penempatan SJR sepatutnya diletakkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Taman Aman Jaya, Taman Aman 3 dan Palm Height.
“SJR Kaka Plastic bukan sahaja sudah tidak relevan kerana ketiadaan kes, tetapi sudah menjadi SJR yang menyusahkan penduduk kerana terpaksa melalui laluan tersebut.
“Hampir setiap hari penduduk tersekat dalam kesesakan di SJR itu selama berjam-jam. Oleh itu, diharap pihak berwajib dalam melihat keperluan menempatkan SJR itu di lokasi yang sepatutnya,” katanya.

Leave a comment