OLEH ZARA DEBA
SANDAKAN: Penderitaan yang dihadapi mangsa kebakaran di Kampung Sundang, Batu Sapi mendapat perhatian pimpinan Wirawati Warisan yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa semalam.

Bantuan makanan itu disampaikan Naib Ketua Wirawati Warisan, Sabrina Yahya bersama barisan Exco Wirawati negeri dan pemimpin setempat.

“Tujuan kehadiran kami ialah untuk membantu meringankan beban yang dihadapi mangsa dengan menyerahkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka.

“Kebakaran yang berlaku pada bulan Ramadan ini pasti satu cabaran kepada setiap mangsa, sebab itulah kami pemimpin Wirawati Warisan hadir untuk bukan sahaja menghulur bantuan tetapi turut berkongsi kesedihan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sabrina, pihaknya akan turut menggunakan saluran yang ada bagi mendesak kerajaan menyegerakan penyediaan tempat penginapan baharu yang lebih baik kepada mangsa.

Katanya, pusat penempatan sementara yang ada sekarang perlu ditukar untuk memastikan setiap mangsa mampu mengecapi keselesaan yang lebih baik.

“Keselesaan itu sangat penting terutama kepada kaum wanita dan anak-anak kecil, justeru kerajaan perlu segera mencari penyelesaian kepada perkara itu demi menjaga kebajikan mangsa,” katanya.

Tambah Sabrina, pihaknya berharap kudapan untuk berbuka puasa yang disediakan untuk mangsa mampu memberikan sedikit keceriaan kepada mereka.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started