Gambar untuk hiasan

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada peniaga sinalau bakas di Jalan Sulaman pada 26 April lalu, wajar dikenakan kerana peniaga tersebut gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

HAZANI GHAZALI

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, peniaga tersebut bukan sekadar menjual sinalau bakas tanpa permit tetapi turut menjalankan aktiviti karaoke dan menjual minuman keras tanpa lesen yang sah.

Dakwaan peniaga bahawa gerainya sudah ditutup ketika kompaun dikeluarkan tidak benar kerana pasukan pematuhan SOP mempunyai bukti kedai itu masih beroperasi pada masa tersebut.

“Itu dakwaan untuk mendapatkan simpati,” Hazani berkata dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

“Kalau ikut, tindakan lebih tegas boleh diambil kerana dia tiada lesen menjual minuman keras dan tiada permit jual makanan eksotik.

“Dia cuba meletakkan kesalahan di bahu PDRM sedangkan aktiviti karaoke berlanjutan sehingga larut malam dan awal pagi.”

Untuk itu, beliau menggesa masyarakat dan warganet supaya tidak memutar belit perkara sebegini dan jangan hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sebaliknya, dengar dahulu penjelasan PDRM.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started