JUNZ WONG

OLEH ZARA DEBA
KOTA KINABALU: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong pada hari Rabu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kerana mengiktiraf visi Warisan untuk Sabah.

Merujuk kepada perasmian Air Asia Farm oleh Jeffrey di Kota Kinabalu pada hari Ahad, Junz berkata ini bukti bahawa Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal mempunyai rancangan besar dan visi yang tepat untuk merevolusi industri pertanian dan perikanan Sabah.

“Sejak tahun lalu sudah saya katakan, Warisan di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal mempunyai visi dan rancangan yang tepat untuk Sabah.”

“Ini termasuk pinjaman RM300 juta oleh Bank Pembangunan Sabah (SDB) kepada Air Asia.”

“Saya sudah kata, itu pinjaman. Bukan geran. Pinjaman perlu dibayar balik. Pinjam RM300 juta, dapat balik RM300 juta tambah faedah. Tidak ada apa-apa yang merugikan Sabah. Malah dapat lebih banyak kebaikan.”

“Di pihak Sabah, manfaat yang kita dapat juga termasuk peluang untuk para petani dan nelayan memasar produk-produk tempatan kepada masyarakat antarabangsa. Air Asia mempunyai pesawat dan platform e-dagang. Itu harus dimanfaatkan.”

“Malah sebahagian daripada pinjaman kepada Air Asia bertujuan membangun hab logistik di Kota Kinabalu.”

Junz juga mengimbau kembali penipuan dan fitnah yang disebar oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), khususnya Hajiji dan Jeffrey.

“Kalau kamu ingat balik, pinjaman kepada Air Asia diluluskan pada sekitar bulan Jun/Julai 2020 ketika Warisan memerintah.”

“Tetapi apabila GRS menjadi kerajaan, mereka politikkan inisiatif ini pada sekitar bulan Oktober 2020.”

“Hajiji suruh SPRM siasat pinjaman ini, malah disindir kononnya Warisan menyalahguna kuasa dan mengamal rasuah. Semua ini dilaporkan oleh media.”

“Jeffrey tambah lagi penipuan-penipuan lain, seperti kononnya pinjaman ini membawa masalah besar kepada Sabah.”

“Shafie dan saya mengalu-alukan siasatan SPRM kerana kami tahu kami di pihak yang benar.”

“Apa kesudahannya?”

“Pada bulan Januari 2021, SPRM memulangkan dokumen-dokumen yang diambil. Turut diisytihar bahawa tiada bukti salah laku atau rasuah dijumpa.”

“Minggu ini pula (Mei 2021), Jeffrey melancar Air Asia Farm yang dulu difitnah kononnya membawa masalah besar kepada Sabah.”

“Tahu juga mahu ambil nama atas usaha murni yang dimulakan oleh Warisan.”

Dengan itu, Junz yang juga merupakan Naib Presiden Warisan mengucap terima kasih kepada Jeffrey kerana sanggup membuat pusingan-U, serta mengiktiraf visi Warisan untuk Sabah.

“Jadi saya terima kasihlah dengan Jeffrey sebab sanggup buat u-turn dan mengiktiraf rancangan serta visi Warisan untuk Sabah.”

“Akhirnya, GRS nampak juga visi Warisan untuk Sabah.”

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started