Gambar hiasan

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak lagi membenarkan pergerakan rentas daerah mengikut zon bermula 10 Mei ini.

MASIDI MANJUN

Bermula 10 hingga 16 Mei, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti rentas daerah kecuali atas urusan kecemasan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sepanjang tempoh itu, daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah.

“Pihak PDRM akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas daerah semasa tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabah kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 27 April hingga 17 Mei.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah adalah 58,580 kes dan 438 kes kematian direkodkan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started