SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Sabah semasa pilihan raya negeri baru-baru ini, tetapi rupa-rupanya hanya janji kosong.

Itulah kesimpulan yang dapat dilihat dalam Belanjawan 2021 apabila Sabah tidak menerima peruntukan yang sewajarnya seperti dijanjikan Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon berkata, Perdana Menteri telah berjanji untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan di Sabah jika kerajaan negeri sehaluan dengan Persekutuan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN).

“Rupa-rupanya janji-janji itu semua adalah janji kosong dan semata-mata untuk mendapatkan undian.

FRANKIE POON

“Lihatlah pembahagian peruntukan bagi negeri Sabah yang dikemukakan dalam bajet 2021 Malaysia, adakah Semenanjung lebih memerlukan pembangunan infrastruktur berbanding dengan negeri Sabah?

“Belum masanya untuk rakyat Sabah menikmati infrastruktur yang lebih berkualiti dalam negeri? Pernahkah Perdana Menteri melawat ke daerah-daerah Sabah dengan menggunakan jalan Persekutuan utama Sabah yang gelap dan berlubang-lubang?,” katanya dalam satu kenyataan.

Frankie berkata, ketika pelbagai janji diberikan kepada Sabah, Belanjawan 2021 sebaliknya menunjukkan jumlah peruntukan kepada negeri ini berkurang.

Sehubungan itu, beliu mempersoalkan rasa tanggungjawab pemimpin Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat Sabah yang kini turut menderita akibat pandemik Covid-19.

Tegasnya, pendapatan negara daripada hasil minyak Sabah tinggi tetapi peruntukan yang diberikan tidak seimbang berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

“Kerajaan dan menteri-menteri Persekutuan tidak rajin meninjau keadaan di Sabah adalah fakta yang tidak boleh dinafikan. Adakah kerajaan PN menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat Sabah apabila penularan wabak covid-19 semakin serius di Sabah?

“Adakah kerajaan PN memberikan kakitangan and aset perubatan dengan kadar segeranya?

“Apa jadi dengan pendapatan royalti minyak dari negeri Sabah? Jelas sekali peruntukan kepada negeri Sabah adalah tidak seimbang dengan pembangunan walaupun negeri Sabah yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara kita,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started