
OLEH SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Sabah mungkin berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi, kata seorang pemimpin kanan Warisan pada hari Khamis.
Menurut Naib Presidennya Datuk Junz Wong, oleh kerana kerajaan Gabungan Rakyat Sabah tidak berpandangan jauh, wabak Covid-19 gagal dibendung.
“Saya tidak mahu politikkan pandemik Covid-19. Tetapi realitinya GRS telah mengabai dan mengecewakan rakyat Sabah.”
“Saya ingat sekitar tiga bulan yang lalu, Warisan telah menggesa GRS melaksanakan PKP kerana kes-kes baru agak membimbangkan.”
“Kami juga menggesa supaya sementara PKP dilaksanakan, GRS juga berbelanja untuk merangsang semula ekonomi dan mengagih bantuan kepada pekerja-pekerja harian, pengusaha-pengusaha kecil sederhana, peniaga-peniaga dan golongan-golongan paling.”
“Tujuannya adalah mengulangi apa yang telah dibuat oleh Warisan di antara Mac hingga Ogos 2020, di mana Warisan telah melaksanakan PKP serta dua pelan pemulihan ekonomi bernilai hampir RM1 bilion.”
“Kami laksanakan dua pelan pemulihan ekonomi. ‘Sabah We Care’ yang bernilai RM670 juta pada bulan Mac 2020 dan ‘Sabah New Deal’ yang bernilai RM240 juta’ pada Jun 2020.”
“Orang ramai duduk di rumah kerana di era Warisan, bantuan pek makanan diagih, bantuan kewangan RM300 dimasukkan dalam akaun, pinjaman diluluskan, bil elektrik dikurangkan, cukai pintu diberi diskaun, pelbagai jenis bentuk program-program juga dilaksanakan.”
“Walaupun ada segelintir rakyat masih berasa bimbang, majoriti rakyat Sabah boleh duduk di rumah kerana ada bantuan dari kerajaan.”
“Kemudian pada bulan Jun/Julai 2020, kes-kes baharu di Sabah berjaya menjadi sifar. Pada ketika itu, kes-kes baharu di Semenanjung Malaysia masih mencecah ratusan dan ribuan setiap hari.”
“Jadi kami mula melonggarkan PKP di dalam Sabah dan perlahan-perlahan buka semula aktiviti-aktiviti ekonomi, memandangkan lengkung sudah berjaya dilandai.”
Junz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru menambah, GRS tidak bersetuju dengan cadangan dan idea tersebut.
“Tetapi GRS tidak suka idea dan cadangan tersebut.”
“Sebaik sahaja berkuasa, GRS memansuhkan Kementerian Kesihatan Sabah dan berkata Kementerian tersebut tidak ada fungsinya.”
“Kemudian GRS juga suruh rakyat kembali bekerja seawal bulan Oktober, walaupun Sabah masih mencatat beribu-ribu kes baharu Covid-19 setiap hari.”
“GRS menganggap seolah-olah tidak ada apa-apa yang sedang berlaku dan mula melonggarkan SOP. Malah perintah kuarantin 14-hari mereka anggap tidak penting.”
“Contohnya Timbalan Ketua Menteri dari Tambunan yang memendekkan perintah kuarantin 14-hari beliau sekurang-kurangnya dua kali. Sekali untuk hadir mesyuarat politik PN, sekali lagi untuk hadir Parlimen. Akhirnya positif Covid-19, dipercayai kerana menghadiri perhimpunan bersama ahli-ahli parti STAR di Keningau.”
“GRS tidak serius dan tidak berpandangan jauh. Mereka menggadai nyawa rakyat kerana tidak mahu berbelanja untuk bantuan-bantuan Cod-19.”
“Sehingga hari ini, GRS tidak ada pelan pemulihan ekonomi yang jelas. Yang ada cuma slogan Sabah Maju Jaya yang tidak ada isi kandungannya.”
“Mereka bersikap kedekut dalam soal bantuan. Mereka pilih kasih dalam soal bantuan bakul makanan. Sangat-sangat mengecewakan.”
“Hasilnya hari ini, Sabah berhadapan dengan dua krisis. Kita berhadapan dengan krisis kesihatan dan krisis ekonomi. Kes-kes baharu Covid-19 tidak berkurang, malah ekonomi pun tidak dihidupkan semula.”
“GRS betul-betul mengecewakan rakyat yang mengundinya. Pesakit-pesakit di Kota Kinabalu terpaksa dihantar sejauh ke Kota Belud.”
“Masalah kebersihan tandas pun mereka tidak mampu selesaikan. Akhirnya pesakit-pesakit Covid-19 buat gotong royong bersihkan sendiri tandas di pusat kuarantin Likas.”
“Tapi ingatkah, GRS dulu dakwa Kementerian Kesihatan Sabah tidak ada fungsinya?”
Menjelaskan keadaan ekonomi, Junz berkata ianya bukan mustahil untuk meyakinkan pelabur dan menghidupkan semula ekonomi di masa pandemik melanda.
“Bukan mustahil untuk menghidupkan semula ekonomi di masa pandemik melanda. Bukan mustahil untuk menarik pelaburan di masa pandemik melanda.”
“Dalam setahun yang lalu, banyak perniagaan telah beralih ke platform-platform atas talian. Perniagaan-perniagaan e-dagang memgalami peningkatan mendadak.”
“Contohnya Netflix, Facebook, Google, Amazon, ataupun platform-platform tempatan seperti Lazada and Shopee, semuanya mengalami peningkatan keuntungan.”
“Contohnya Indonesia. Platform-platform e-dagang dan atas talian berjaya menarik ratusan bilion pelaburan dari Temasek (Singapura), Tencent (China), Facebook (Amerika), Amazon (Amerika) dan Google (Amerika).”
“Mereka juga menerima ratusan bilion pelabiran dari syarikat-syarikat teknologi seperti CATL (China), Hyundai (Korea Selatan) dan LG (Korea Selatan).”
“Pelaburan-pelaburan ini berlaku pada ketika pandemik Covid-19 mengganas. Tidakkah Indonesia juga sedang mengalami ancaman Covid-19?”
“Kenapa Indonesia berjaya tarik pelaburan mencecah ratusan bilion? Kenapa Malaysia gagal? Kenapa Sabah gagal?”
“Cukuplah mengatakan pelabur-pelabur asing tidak yakin dengan Malaysia dan Sabah.”
“Ini kerana GRS telah memgecewakan Sabahans. GRS tidak berpandangan jauh, tidak mempunyai kesungguhan politik dan tidak ada perancangan kerana tidak mempunyai kepimpinan.”
Di penghujung kenyataan medianya, Junz berkata walaupun agak terlambat, beliau harap GRS belajar dari kesilapan.
“PKP ini sudah agak lambat. Ianya patut diadakan lebih awal. Tetapi memandangkan GRS sudah bersetuju dengan KL untuk mengadakan PKP, saya harap bantuan dan pelan ekonomi akan menyusul dengan kadar segera.”
“Apa yang patut dibuat oleh GRS ialah berhenti menunggu isyarat dari KL.”
“Agih bantuan dengan kadar segera. Tidak payah tunggu kelulusan KL.”
“Ketika PN berkuasa di Putrajaya, Warisan melaksanakan dua pelan pemulihan ekonomi pada bulan Mac dan Jun 2020 tanpa menunggu kelulusan KL.”
“Sebelum itu, ketika PH berkuasa di Putrajaya, Warisan menjadi antara kerajaan yang pertama di dunia menghentikan penerbangan-penerbangan dari Wuhan, China. Warisan juga menghentikan kemasukan pelancong-pelancong China sejak bulan Februari 2020, sebelum kerajaan pusat berbuat sedemikian.”
“Hasilnya di era Warisan, lenkung berjaya dilandai. Kes-kes baharu di Sabah berjaya dikawal walaupun KL belum berjaya kawal kes-kes baharu mereka.”
“Ianya boleh dilakukan jika kerajaan GRS mempunyai kesungguhan politik, niat yang ikhlas dan kepimpinan yang betul.”

Leave a reply to Anne Cancel reply