Kadar Zakat Fitrah di Sabah Tahun Ini RM7

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Kadar Zakat Fitrah di Sabah pada tahun ini adalah RM7 berbanding dua kada zakat yang ditetapkan pada tahun lalu.

Pada tahun lalu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menetapkan kadar zakat fitrah bernilai RM6 dan RM7.50.

Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar ketika mengumumkan kadar itu memaklumkan kadar ditetapkan bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri ini.

Dari segi sasaran kutipan zakat fitrah pada tahun ini, MUIS menyasarkan kutipan sebanyak RM11juta dan sasaran kutipan zakat harta pula adalah sebanyak RM93juta.

Katanya, seramai 39 penyelaras wakil amil dan seramai 2,000 wakil amil dilantik untuk menyelaras dan memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Kesemua mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelakkan masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah.

“Kutipan zakat fitrah di Sabah pada tahun lalu adalah RM10.83 juta membabitkan seramai 00000 pembayar. Secara keseluruhan kutipan zakat pada tahun lalu adalah sebanyak RM101.2 juta, termasuk zakat harta yang berjumlah RM90.33 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penyumbang terbesar kutipan zakat harta pada tahun lalu adalah daripada zakat penggajian iaitu sebanyak RM47.48 juta diikuti zakat perniagaan RM29.19 juta dan zakat pendapatan RM8.41juta.

Pada Ramadan tahun ini, MUIS memperuntukkan sebanyak RM10.4 juta dimana, RM9juta untuk diagihkan kepada 44,018 asnaf fakir, miskin dan mualaf manakala, RM1.4juta diagihkan kepada 2,000 amil zakat fitrah sebagai upah amil.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close