Rumah Baharu PPRT Di Kg Baru Tamu Darat Siap Sepenuhnya

OLEH SABAHTODAY
KOTA BELUD: Keluarga Rehuel Manjalu gembira kerana mereka sekeluarga kini mendiami rumah yang lebih selesa hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Rehuel dan isteri serta empat orang anaknya berpindah ke rumah baru mereka di Kampung Baru Tamu Darat sejak tiga bulan yang lalu.

“Terima kasih kepada Datuk Ewon kerana membantu keluarga saya mempermudahkan dan meluluskan permohonan rumah bina baharu PPRT yang sememangnya sudah lama kami mohon,” katanya.

Sementara itu Ewon meluangkan masa melawat rumah PPRT milik keluarga Rehuel kelmarin sebelum meninjau persiapan untuk Majlis Penghargaan mantan Ketua Adat, Ketua Kampug dan Pengerusi MPKK kawasan Kadamaian.

“Mereka adalah antara keluarga yang kita bantu dapatkan rumah bina baharu pada tahun lepas. Mereka sudah menetap di rumah ini sejak tiga bulan lepas,” katanya.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close