OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Polis Sabah akan melaksanakan pemantauan dari rumah ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi memastikan tiada prosedur operasi standard (SOP) berlaku.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak dan bertolak ansur untuk mengeluarkan kompaun terhadap mana-mana pihak yang didapati mempunyai lebih daripada 20 orang tetamu.

Katanya, aktiviti ziarah juga tidak dibenarkan kecuali membabitkan anggota keluarga.

Untuk makluman, aktiviti rumah terbuka juga tidak dibenarkan untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Saya menyarankan masyarakat setempat agar tidak perlu balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri. Jika dilihat berdasarkan musim-musim perayaan lepas, setelah masyarakat pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar pasti akan wujud kluster baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengagihan bubur lambuk oleh Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) kepada anggota PDRM Sabah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.

Seiring dengan itu, polis akan melaksanakan 60 sekatan jalan raya (SJR) untuk memastikan tiada aktiviti rentas daerah berlaku sepanjang enam hari ini iaitu 10 hingga 16 Mei.

Pelaksanaan SJR itu seiring dengan keputusan kerajaan negeri yang memutuskan aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, 3,000 anggota keselamatan akan bertugas dalam SJR itu yang membabitkan Pasukan Gerakan Am dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Kami juga ada pasukan jenayah komersil yang akan melakukan pemantauan melalui media sosial seperti facebook, twitter dan instagram.

“Secara keseluruhan, kita mempunyai 358 pasukan pemantauan SOP untuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah,” katanya.

Dalam majlis itu, bubur lambuk yang disediakan secara bergotong-royong itu diagihkan kepada anggota PDRM yang bertugas.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started