Kerjasama Politik Jangan ikut Selera Sendiri – Azis Jamman

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) bersikap terbuka untuk membentuk kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun, kerjasama yang terjalin perlu mengambil kira suara rakan-rakan komponen lain dan bukan sekadar selera satu pihak sahaja.

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, apa yang penting adalah prinsip perjuangan kena sama dan bersuara pada nada yang sama.

AZIS JAMMAN

“Kita masih terbuka untuk berbincang dengan rakan-rakan dalam barisan pembangkang lain. Sebelum ini PKR ada ura-ura tidak mahu bekerjasama dengan Warisan dan Pejuang tetapi, kalau itu jadi pertimbangan akar umbi mereka terserah kepada pucuk pimpinan PKR.

“Pada kita (Warisan), kita masih terbuka untuk bekerjasama dengan syarat mereka juga perlu bersikap terbuka dan jangan hanya fikir citarasa dan selera mereka sahaja, selera rakan lain tidak mahu didengar,” katanya.

Menurutnya, dari segi pemilihan Perdana Menteri pun janganlah bersikap tertutup dengan hanya memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Warisan pun berada dalam barisan pembangkang. Kalau benar kita tidak boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang, kita boleh sahaja berada di pihak kerajaan kerana Tan Sri Muhyiddin pun sudah offer kita.

“Tapi ini soal prinsip bukan soal tidak boleh menerima Anwar, realitinya Anwar juga tidak boleh diterima dalam kalangan ahli PKR sendiri. Jadi jangan menyatakan Warisan tidak boleh menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri,” jelasnya.

Ahli Parlimen Sepanggar ini berkata, dalam politik kena realistik dengan melihat apa yang berlaku dalam PKR sebelum ini. Kumpulan Datuk Seri Azmin Ali juga datangnya dari parti PKR.

Menurutnya, perlu diingat bahawa Warisan masih berada dalam barisan pembangkang dan masih duduk di belakang Anwar dalam parlimen.

Tambahnya, Warisan tidak menolak kerjasama dengan mana-mana pihak khususnya dalam kalangan pembangkang dengan syarat kena dengar juga citarasa Warisan, citarasa pemimpin Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia bersama-sama.

“Kita sepatutnya rakan sekutu, kalau dulu kita pernah menyokong Anwar kenapa tidak mereka sokong Datuk Seri Shafie Apdal, return the favour,” katanya.

Mengenai kerjasama bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Mohd Azis berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan sudah tentu ada kemungkinan MUDA akan bertanding menggunakan logo/lambang Warisan.

“Namun ini masih di peringkat perbincangan. Ini bukan soal bertanding tetapi soal prinsip dalam membentuk kerjasama kerana kita tidak mahu jadi macam UMNO dan BERSATU. Hanya kerana ingin membentuk kerajaan mereka sanggup bekerjasama biarpun berlainan prinsip dan ideologi.

“Kita mahu melihat ada satu persefahaman dari sudut prinsip dan matlamat untuk berdepan PRU15. Sekiranya boleh mencapai kata sepakat, kita tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan MUDA bertanding menggunakan logo Warisan. Kalau DAP di Sabah boleh bertanding menggunakan logo Warisan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kenapa MUDA tidak boleh,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close